bulu kucing sering gugur

11 Sebab Kenapa Bulu Kucing Gugur & Cara Atasi

Hi semua, nak tahu kenapa bulu kucing anda selalu gugur?

Ini adalah 11 sebab umum kenapa bulu kucing gugur, dan saya akan share kan sekali cara untuk mengatasi:

1. Penggantian Bulu / Shedding

Proses penggantian bulu atau shedding disebabkan kelakuan semula jadi, ikut pada musim yang tertentu.

2. Alergi

Alergi terhadap makanan merupakan salah satu faktor bulu kucing gugur, dan persekitaran yang berdebu dan kotor juga penyebab alahan serta bawa kepada masalah bulu gugur.

3. Parasit

Kutu atau juga parasit juga menyebabkan iritasi pada kulit dan bulu kucing anda.

4. Tekanan atau stress

JIka kucing anda dalam keadaan tertekan atau stress, kucing anda akan bertindak menjilat bulu mereka berlebihan & ini boleh menyebabkan bulu cepat gugur.

5. Masalah Hormonal

Ketidakseimbangan hormon seperti hipertiroidisme atau peningkatan kadar steroid dalam tubuh, merupakan penyebab bulu kucing gugur.

6. Diet Tidak Seimbang

Kekurangan vitamin, mineral dalam diet kucing dapat menyebabkan bulu menjadi tak cantik dan dan mudah gugur.

7. Faktor Genetik

Berberapa kucing juga memang mengalami masalah bulu gugur disebab kan genetik.

8. Masalah Kulit

Penyakit kulit seperti ekzema atau alergi boleh menyebabkan bulu kucing gugur kerana kucing akan mengaru-garu kulit yang gatal.

9. Persekitaran Kotor

Ruang juga merupakan penyebab utama mengapa bulu kucing anda kerap gugur kerana ruang yang kotor dan mempunyai kuman.

10. Jengkitan Kulat

Jangkitan kulat atau ringworm menyebabkan bulu kucing gugur.

11. Usia

Kucing yang lebih tua cenderung mengalami bulu gugur lebih banyak kerana perubahan fizikal yang berlaku

sebab kenapa bulu kucing gugur
Kredit: Cattime.com

Cara Merawat:

1. Kawal Pemakanan

Berikan kucing anda produk makanan kucing yang sesuai. Elak bagi kucing anda makan benda yang bergoreng kerana mengandungi minyak yang boleh menyebabkan bulu gugur.

2. Dapatkan Rawatan Vaterinar

Bawa kucing anda ke klinik haiwan untuk pemeriksaan jika anda melihat bulu gugur yang berlebihan.

3. Tempat Tidur Yang Selesa

Boleh pindahkan tempat tidur kucing anda ke tempat lain yang lebih sesuai keadaannya seperti di luar rumah atau berbumbung, dan pastikan ia bersih dari segala kotoran.

4. Bermain & Manjakan Kucing Anda

Seperti anak sendiri, berikan waktu untuk bermain dan berinteraksi dengan kucing anda setiap hari untuk mengurangi stres dan kemurungan.

5. Berikan Vitamin

Anda oleh berikan vitamin pada kucing anda, ini boleh membantu elak daripada masalah bulu gugur.

Dengan ikut cara-cara di atas, anda boleh elakkan masalah bulu gugur pada kucing kesayangan anda, sama-sama kita menjaga kesihatan si comel setiap hari.

Anda sudah tahu kenapa bulu kucing gugur & jika anda baru pertama kali membela kucing dan inginkan tips dan jaga penjagaan, boleh klik disini.

error: Sorry, content is protected!